Wednesday, 29 February 2012

::Exclusively For The Coming Precious::

“Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, 27 February 2012

|| Di Trimester Kedua ||


Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau. 

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi. 

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Sunday, 26 February 2012

:: !st Anniversary::

 
"Happy 1year anniversary syg... I love u so much and im truly blessed to be married to u,my soulmate. Words can't express my feelings right now but u do know that i'd marry u even for the millionth times..."
 

Yeaahoooo......dh setaun kawen..alhamdulillah..kejap je rase...tup2 dh setaun...syukur...syukur padaMu ya Allah....

For those couple yg melalui 'short term' mcm kami pasti akan rasa bnda yg sama.Bercinta sekejap,terus kawen...lain rasanya compare to yg dh lama becinta then baru kawen.Saling belajar untuk mengenali ati budi n paling penting the "true color" masing2,smuanya blaku pas kawen.Terpulangla pada diri masing2 utk adapt n sesuaikan ngan diri memasing.Ada yang mengejutkan yg mana omputih akan kata "full of surprises",ada yang biasa2 je...hehehe..mcm2 kan...

Tapi untungla kawen pada "usia yg matang". Dan disebabkan oleh faktor itu,maka both of us bole adapt n handle apa saja yang diluar jangkaan masing2 thadap pasangan.Btol la dlu ada sorang abg kt tmpat keja lama pnah cakap n smpai skang aku masih ingat kata2nya..."Bila kita berkahwin,pasti akan ada pertelingkahan,mana xnya 2 insan yang berbeza dr segala segi dan cara,duduk bersama dibwah sebumbung yg sama,mstila akan ada perselisihan".Btol...mmg sgt2 btol!!!

Tp antara kedua2 kami,aku rasa akula pembawa msalah.Smuanya serba xkena..nasibla Allah kasik aku ngan yg btol2 bleh handle aku...kalo x,rsanya sbulan kawen ntah2 dh kna cerai!huhu...Nauzubillah...Tp alhamdulillah,dr sorang yg fussy,kelam kabut,pendesak,pendendam n sgala mcm sikap buruk,aku dpat rasakan aku dh byk berubah pas kawen ni...Tq sayang for always being my side...Mmmuuaahhhh...

Alhamdulillah sekali lagi slpas genap setaun kawen,kini kami sdang menghitung hari untuk menerima 'orang ketiga'.hehehe....Dalam persediaan utk melalui fasa parenthood...hehehe...xsabarnyerrr......