Sunday, 24 April 2016

Kenangan Terpaling Indah



VIDEO TERAKHIR

Ini sahaja yang ada...
Ini sahaja bukti yang boleh mama tunjuk pada anak-anak mama nanti...
Ini sahaja sentuhan ikhlas penuh kasih tak terucap...
Ini sahaja kasih sayang tertinggi dari seorang papa...
Ini sahaja satu-satunya papa kamu berdua yang tidak pernah akan ada gantinya...
Ini sahaja kekasih mama sehingga saat ini...tiada yang lain...


Abang... adik...

Ini video pertama dan terakhir rupanya untuk bukti momen kasih sayang cinta kamu berdua dengan papa...
Kalau ikutkan saat ini,roh papa dah melayang-layang... kudrat dan semangat dia telah hampir tiada..tetapi kita langsung tak perasan akan hal ini sebab papa gagahkan diri lawan perasaan dan tunjuk penuh semangat untuk hidup seperti biasa dengan kita,kesayangan-kesayang dia di dunia.

Seingat mama, papa tak pernah sekali pun mengeluh penat melayan karenah kamu berdua, tak pernah marah walau tengah-tengah malam abang muntah,terpaksa bangun cuci abang,ganti cadar baru tapi abang muntah lagi... tapi langsung tak terkeluar reaksi marah,penat di wajah dia. Dia akan buat semua semula dengan penuh kasih dan sayang.

Untuk adik, macam tahun ini..tahun lepas pun cuaca sangat panas,adik sangat cerewet bila panas,tidur tak tenteram bila terlalu panas,sekejap-sekejap adik terjaga,menangis,merengek... mama dah terlena, tapi papa akan cepat-cepat bangun ambil adik dan masukkan dalam buai sampai adik selesa dan dapat tidur lena,barula papa turunkan adik perlahan-lahan untuk tidur dengan mama semula.Adik menyusu badan lagi masa tu,tak sampai setengah jam,adik merengek semula..papa bangun lagi buat dan ulang benda yang sama tanpa sebarang rungutan. Itulah papa kamu abang,adik...



Tuesday, 12 April 2016

13 APRIL

HARI INI RABU, 13 APRIL 2016

Hari yang dahulunya menjanjikan harapan,kebahagian,keseronokan dan kasih sayang. Hari yang tertunggu-tunggu kejutan,tak menahan saban tahun untuk tiba ke hari ini.

Tapi Itu Dulu...

Sekarang, semenjak tahun dukacita aku iaitu tahun lepas, aku tidak lagi mahu hari ini. Cepatlah melangkah esok, atau sebolehnya selepas Mac terus Mei.

Rutin seperti biasa pagi ni,tiada apa yang istimewa tapi harapan aku adalah supaya tak ada yang wish dan biarkan semua orang lupa hari ini. Alhamdulillah setakat tulisan ini,belum ada lagi yang berbuat seperti itu. Aku bukan glamour pun,malah tiada yang istimewa.

Kalau tengok cerita budak-budak macam fairy tales tu, hari ni biasanya budak-budak akan pejam mata dan "make a wish"... so aku pun masih hidup,jadi mesti punya cita-cita dan harapan. Antara wishlist aku :


  1. Tunggu ucapan ini dari mulut anak (lambat lagi sebab masih terlalu kecil )
  2. Nak anak-anak boleh baca both malay n english pada 5 tahun
  3. Nak start bagi anak-anak masuk kelas al-quran pada 6 tahun
  4. Nak tukar environment tempat kerja... semestinya tukar tempat kerja
  5. Nak cari aktiviti untuk jaga kesihatan demi anak-anak
  6. Nak cari sesuatu untuk masa depan anak-anak

Haa kan...semua pasal anak-anak. Pasal aku tutup cerita,cuma nak jaga kesihatan super lebih untuk besarkan anak-anak dengan baik. If Allah dah takdirkan sesuatu,aku terima.. tetapi untuk aku saja-saja nak cuba insyaAllah orang kampung cakap 'pakai dak dah laa '