Ya Allah,
Hari ini genap setahun peristiwa paling hitam dalam hidup makhlukmu ini ya Allah...
Seawal pagi, bukak handphone,terus facebook bagi notification ada memories to be shared. Sekeping gambar dengan sahabat paling karib,jam gambar di upload terpapar... 12.57pm.
Pada jam itu,hari ini tahun lepas,pada perkiraanku dia sudah di awangan, last dia mesej cakap nak bertolak balik pada 12.50pm,last seen whatsapp 12.57pm... sama dengan time aku upload pic ni. Tak sempat nak dapat like dari dia yang sememangnya peng"like" pertama gambar2 aku.
Masa aku tulis ni,mata berkaca,tapi hatiku bagai dipegang,ditenangkan oleh sesuatu,aku sedih...sangat sedih malah MAHA sedih.Tak ada yang dapat menggambarkan kesedihan ini,tapi mungkin kerana hatiku dipegang dan dijaga,aku tak boleh menangis...argghhhh aku tak reti nak describe macam mana...
Pada anggaranku,kurang 5 minit atau lebih dari 12.57pm ini,dia menemui nasib terakhirnya..sayang...mama tak dapat gambarkan macam mana semua bermula...teringin sangat nak tahu macam mana terjadi... nanti papa boleh ke ceritakan semuanya pada mama?
Mama selalu bila teringat je benda ni mesti sampai terpejam mata sebab terlalu tak dapat bayangkan kesakitan papa yang papa rasa,papa terpaksa sakit dalam masa yang lama... pedih hati mama pa... mama tak dapat tolong papa masa papa sakit ni macam selalu... Ya Allah
Mama tak dapat nak tulis panjang-panjang pa.. :'(
No comments:
Post a Comment