Tuesday, 23 June 2015

Gembira Suku..Sedih Separuh! Part 2

Aku masih meneruskan rutin harian yang tunggang langgang sejak hari dia eksiden. Balik rumah,tgh layan anak pon aku boleh tertidur sebab terlampau penat. Dah berhari2 aku xtido,xmakan n semua sudah jadi tunggang langgang. Tidur sekadar nk recharge tenaga je untuk terus kuat demi org2 tersayang. Bangun je terus aku bersiap nak ketempat cinta hatiku semula..Tak kirala pukul brapa..10 pagi ke 11 pagi ke..terus kesana!

Dengan keadaan yang terhoyong hayang dah..aku kuatkan semangat demi mereka yang tersayang. memang aku dah nampak lain..tapi aku tepis semua tu demi kasih aku yang tersangat padanya.Aku masih percayakan "miracle " dari Tuhan sekiranya ada. Sebelum aku balik aku ada pesan kat mak2 yang jaga anak2 depa kt katil sebelah2 tu mintak tlg tgkkan dia.. then balik rumah pon aku still kol depa tanya..depa jawab xdak perubahan jugak..masih macam tu. Aku cepat2 kesana,Halangan2 pak gad n mak gad memang aku rempuh gitu je..tapi melihatkan muka aku yang entah macam mana,depa jadi xbyk soal..biar je aku lalu.Alhamdulillah.

Tiap2 kali aku sampai je parking hospital,jantung ni berdebar sesangat,yela entah apa yang jadi kt dalam sepeninggalan aku tadi. Aku lajuuu je melangkah dan bila sampai aku bagi senyum yang terpaling manis untuk cinta hati aku..Tapi dia langsung xbg respons yang aku harap2kan.Ya Allah.Bila aku sampai dia terus mintak air macam selalu.Bila aku bagi alasan,dia memberontak.Terpaksalah aku bagi,tapi dia asik tersedak..dan aku dapat rasakan kondisi peparunya makin worse :(  Tapi walau dia mcam endah x endah kedatangan aku..tapi bila aku ada ja..dia asik pandang aku..n pegang aku.. aku dah xmalu dah..asik peluk cium je laki aku ni..rindu sungguh2 n aku rasa x malu langsung untuk express my endless love towards him. Thats me! Aku bawak pisau cukur, aku cakap kt dia aku nak trim misai janggut smua..kesian tgk muka dia melekit2 berminyak sbb aku sangat tau kepantangannya..tak cuci muka! Sampaikan kalau dia terlupa or tertinggal pencuci muka bila balik kg ke apa..dia sanggup pnjam aku punya sebab geli bila xcuci muka.. aku pon cukur misai dia,gosok gigi dia..bersih mulut dia..masa tu aku notice depa dh sealed gigi dia ngan tape sbb dia salu gigit wayar oksigen.Kesiannya ya Allah.Aku bukak semua tu n aku nmpak kerongkongnya terlalulah banyak luka.Dalam otak terpikir,nanti mesti lama nk heal balik :(

*********************************************************************************

Hari ni hari ketiga di wad biasa

Dia asik pegang tangan aku...pastu cakap macam2... dia bgtau aku tempat dia simpan kunci kete 1 lagi yang aku xpenah amik tau sebelum ni, dia bgtau wallet dia..aku cakap nape papa bgtau mama smua ni? Dia cakap :xdak apala..nanti kalau jadi apa2 kt papa...mama simpan la elok2 " Aku peluk cium dia sambil nangis "pa..jgn cakap mcm tu,mama xreti nk hidup kalau papa xdak..anak2 tggu papa kt rumah tau..papa xkesian kt kami ke? " Dia diam je..terus alih muka kelain.. Ya Allah!

Aku menangis teresak2 tepi dia..dia pandang je..langsung xpujuk mcm selalu..Selalunya kalau aku menangis,xkirala sebab stress ke or kami bergaduh sekalipun dia mesti datang peluk aku, tenteramkan aku mcm anak kecil. Bertuahnya aku dapat suami penyayang macam dia.Terima kasih Allah.

Aku bgtau dia petang ni ayah nak mai..dengan adik bradik lain..dia xrespon jgak..asik mintak air kt sapa2 yang lalu kot tepi katil dia..Sedihnya aku..aku pujuk dia..macam2..aku jelum kepala dia sebab demam xturun2..aku nak bagi dia rehat..tiap kali aku jelum dia..dia nampak tenang sikit..terpejam mata dia sikit..lenaaa..tangan memang xkan lepas tangan aku.Aku setia berkhidmat untuk dia..p toilet pon x sbb aku nak bersama dia...


01 April 2015 _ Kira-kira pukul 2.30...

Aku tengah urut2 dia..tiba2 datang 1 new patient yang tgh melolong2 baru pas eksiden..melong trauma aku maksudkan...dia terus menggelabah..dia panggil aku p kt dia..dia mintak aku peluk dia..aku peluk dia kuat2,dia mintak selimutkan dia..memang sangat menggelabah..aku buat smua yang disuruh.Aku pun takut tgk patient tu dengan darah byk..so aku tarik langsir,untuk cover xbg dia tgk.Tapi dia tetap menggelabah sebab org tu jerit kuat!Masa tu la dia mula kuar macam2 " Ma...awat depa semua tu xtolong papa..awat semua asik tgk je..maila tolong" Aku peluk dia..yakinkan dia kami selamat..dia tetap menggelabah... dia mula batuk2 dan terus sesak nafas...Masa tu paksu n ani tgh ada kt situ,baru sampai... aku mintak nurse tlg suction kahak dia..nurse mai..kasi neb je..tapi dalam neb tu dia still batuk2 teruk,n nmpak susah dia nak bernafas...

Serentak dengan tu,ayah,abang kak smua sampai,dia pegang tangan ayah,mintak ampun..tnya kabar ayah..tnya psal bat2 ayah..ayah makn ikut jadual ke x? pastu dia pegang tgn kak zura,dia pesan "kak...kak tlg jaga ayah ya " Aku menangis semahunya... Dia asik pegang aku..pandang muka aku..betapa sayangnya dia pada aku...sampaila dia makin teruk nak bernafas,aku panggil doc,doc mai check..ada something yang xelok..nadi dia dh xelok..terus doc panggil pakar lain..smua berkumpul..smua org kna kuar..aku nampak 1 demi 1 mesin depa tolak masuk..sampai part mesin untuk karan dada aku terus jatuh...sejuuukkk je seluruh tubuh..lembik smua! Aku sedar ada orang angkat aku letak kt kusi..kak zura kalut basuh muka aku..nurse bwk wheel chair nk amik aku baringkan ke katil..aku tolak smua tu.. Serentak dgn tu aku dgr mesin nadi bunyi panjang...aku menjerit ya Alllllaaaaaaahhhhhhh!

Aku nampak doc berkerumun kat katil dia..aku nampak doc naik atas katil dia..ya Allaah...ya Alllahhhh...

Then ada sorang misi yang dok baik ngan aku..datang kt aku.. "puan..puan byk2 bsabar ya " aku tnya dia "awat dh xdak ka? " dia ckp " eh..dh dpt bcaan dah..puan sabaq yaa " Aku xpaham apa mksud tersirat dia sampaila pakar mai brief aku.


"Puan, saya doc apa ntah...saya harap puan bersabar tentang apa yang saya nk sampaikan ni " " Suami puan dalam keadaan kritikal dan kami terpaksa buat penyambungan semula wayar pernafasan dalam peparu dia yang sebolehnya kami nak elak. So skrang dia cuma 30 % dan selebihnya adalah bantuan mesin " Allahuakbar.



No comments:

Post a Comment