Hari berlalu dengan penuh pilu...pilu melihat kekasih hati dalam keadaan sedar x sedar...pilu tengok dia terbaring lesu..selalunya dia sama sekali tak akan berbaring mcm tu lama2.Demam pun x dilayannya... Sepanjang kami kawen,cuma sekali dia demam yang betul2 teruk.. 1st time dia mintak aku drv bwk dia g klinik..kalo x,never..he will not give me a chance pun! Demam masa aku tgh mabuk nk dpat adik... tu jela sekali.
Setiap hari aku berjalan lesu, rasa mcm bjalan kt atas angin, dalam kepala ni serabut yang maha! taktau nk pikir yang mana dlu yang mna kemudian. Bila dok ngan dia mesti aku nanges,tubuh yang salunya gagah dalam apa jugak cabaran dan dugaan,tapi skrang cuma berbaring saja,tangan diikat sepanjang masa ( sbb dia memang meronta nak cabut wayar segala bila each time when he awake). Sedih,pilu,luka hati ini Allah saja yang tau,sumpah orang lain sapa pon xtau!
Baru arini aku tau rupanya matanya lebam adalah berpunca dari skull fracture. Memang smua org yang alami skull fracture akan nampak mata lebam! Aku usap kepala dia..keras rambutnya..mcm pegang kulit durian sebab kesan darah yang basah seluruh rambut sampai mengeraskan rambut tu.Tak berani aku nk cuci sebab takut dia sakit,yela kepalanya paling byk kuarkan darah during the disasterly excident.Allah!
Yang paling sayu dia salu pegang n genggam tangan aku... seakan xmahu lepaskan.Sapa pun yang datang mesti nampak tangan dia xlepas genggam tangan aku.Anak2 langsung tak ditanya.Dia cuma tanya mana mak? tak mai ka? Dia seakan lupa tentang anak2 yang selama ni jadi keutamaan dalam hidupnya.Itu satu petanda bahawa dirinya dah xbyk fikir tentang dunia dah.Tapi aku banyak menafikan,walaupun naluri seorang isteri ni selalu rasa BERAT sangat namun aku tolak jauh2 dan aku sering mengharapkan keajaiban Tuhan.
30 Mac 2015
Aku menangis dan terus menangis bila aku tna dia berapa orang anak kita? dia jawab dengan sign tgn 4! Aku menangis sebab dia sudah banyak berubah dari yang aku ada sebelum ni. Saat aku menangis di dadanya,datang seorang Indian Doctor,pompuan... dia tarik tangan aku ketepi.Sambil gengam tangan aku doc tu cakap "Puan,puan xleh camni..puan kena kuat depan dia,dia perlukan sokongan puan.Dia dh terlalu sengsara dengan kesakitannya puan,dia perlukan semangat dari puan untuk dia pulih." Aku angguk...aku kesat airmata,terus terpa ke sisi dia,aku peluk dia,cium dia..usap dia..xbyk respon aku dapat dari dia. Hampir tamat waktu melawat,doc tu datang lagi kt aku,katanya petang ni kekasih hatiku akan ditempatkan di wad biasa...syukur alhamdulillah....
Aku bergegas balik Kulim ambik baju semua sebab nak temankan dia... siap je amik baju aku terus datang tgk samada dh pindah ke belum...bila aku datang barula depa arrange untuk masuk wad biasa...alhamdulillah aku dok ngan dia...dia cuba nk ckp itu ini dengan aku..tnya kunci kereta kancil kami kt mna?wallet dia kt mna? dia ada bgtau aku kt mna kunci2 yang aku xpenah amik tau sblom ni... katanya "kalau jadi apa2,mama buatla elok2' aku tekup mulut dia..."jgn ckp byk sayang..nanti dh elok kita sembang puas2 ye..mama pun byk benda nk crita ngan papa" kataku sambil senyum manis.ikhlas utk cinta hatiku sorang ni.Bukan apa..aku kesian tgk dia..luka dalam kerongkong sana sni..abes berlubang sana sni..nk bcakap pun susah..ya Allah..seknyanya kau wahai sayangku...
Malam pertama aku ngan dia,dia xbyk karenah sangat,lama2 gak dia tido,tapi tiap kali dia bangun bnda pertama dia tgk..msti dia pndang aku,[egang aku,tarik2 aku..dia xkasi aku tido..mgkin sebab ubat tido masih dibekalkan membuatkan dia sedikit tenang.Aku urut dia ngan minyak panas,lega nampak dia layan urutan aku...gatal abes bdanku sebab xmandi..aku takut je nk tinggal dia..lagipun ini wad lelaki..xkan aku sewenang2nya nk mandi di sni..xpalah..demi cinta hati aku yang satu ni..apa pun aku sanggup.

No comments:
Post a Comment