Sunday, 19 April 2015

Catatan Duka Part 1

21 Mac 2015

Aku dan anak-anak ada di kampung. Sejak kebelakangan ni dia asyik beria nak balik kampung,Sik.Kalau ikutkan aku, aku nak jugak menikmati cuti kat rumah sendiri, tapi dia asyik nak balik sebab kesiankan aku sorang-sorang nak kena handle si kecik berdua ni. Lagipun balik sana katanya abang boleh enjoy main puas2.Dia nak anak dia happy...

Seperti biasa dari awal pagi aku akan jalankan rutinku kejutkan dia bangun tidur,tanya dia makan ke tak...Semuanya melalui sms.Tapi dek kerana aku kat kampung,smartphone tak berfungsi sebab line tak elok sangat...so aku guna hanphone mak nk communicate ngan dia..sms ke call ke semua guna handphone mak.Dia kata dia keje kejap je arini sebab Sabtu. Aku tanya dh makan ke belum..dia cakap dia makan biasa2 je sebab kejap lagi nak balik lunch kat Sik.Aku ni berbunga-bunga je sebab dia dah nak balik...memang walau dah 4 tahun kawen..tapi saat dia balik rumah memang saat yang aku tunggu2.

Balik rumah..dia tak banyak cakap.. aku hidangkan nasi..dia makan sikit je..aku perasan sejak kebelakangan ni dia memang tak berselera sangat berbanding dulu..Asal aku masak je ape pon mesti makan bertambah-tambah. Tapi aku boleh terima sebab dia memang sangat2 tension dengan kejenya lately.Aku sampai nak pegi keje pon berat ati sebab kenangkan dia yang struggle sangat2 dengan company sekarang. Tapi apa nak buat belum rezeki kami, dan dia jugak sangat pentingkan kami anak beranak. Walau dalam keadaan camni tapi andainya ada peluang yang lebih baik tapi peluang tu membuatkan dia kena attend kursus lama or kena pergi jauh dia memang tolak mentah2.Itulah cinta hatiku..mendahului kami anak beranak dalam SEGALA hal.

Kebetulan balik kali ni anak-anak arwah kakak balik bercuti dari asrama, jadi aku selaku anak sulung gantian bertindak sebagai mak kepada mereka.Masak lunch yang best2,masak bekal untuk balik asrama,memang haritu aku kat dapur je. Antara menu yang aku masak sagu gula melaka.1st trial n alhamdulillah menjadi.sedap!Dah lama cinta hati bagi klu kat aku dia suka benda tu tapi aku belum ada masa,so arini memang aku nekad nak buat.Lagipun ada ramai yang akan makan. Jadi masa dia balik budak2 tu dah berangkat balik asrama dah. Dia dah siap makan nasi, dia terus kedepan tengok tv dengan anak2.1 lagi aku baru teringat, dia dah tak merokok. Selalunya dia pasti akan merokok lepas makan.Tapi kali ni tak!Tapi aku tak perasan masa tu.So aku pon nak surprisekan dia, aku p dapur n sediakan sagu gula melaka untuk dia,yang paling sedap n creamy untuk cinta hatiku.Siap letak ais batu macam kat kedai.Bawak kedepan,dia memang terkejut n macam biasa dia suka mengusik aku cakap aku hebatla la apala... Sepatutnya dia akan makan dengan lahapnya kalau benda cuci mulut gitu,aku tau suami aku... tapi dia makan macam takdak feel,sesuap demi sesuap sambil termenung sampai aku tnya "pa, awat xsedap ke mama buat? " ... dia jawab "ish gila xsedap kalau mama buat"... tapi ritma suapan masih sama...

Petang tu pasar tani kat pekan sik, aku ajak dia p sebab nak tolong mak beli lauk siap2..macam biasa dia ok ja tapi memang xmembara macam selalu la..selalunya kalau ajak kuar,dia paling cepat bersiap n berkali2 suruh aku siap cepat..kali ni dibiarkannya..ikutla nak kuar lambat ke cepat... kami keluar.Sesampainya kat sana dah gelap dh dan terus hujan..mak cakap xyah kuarla..lebat sangat ni..dia kata xpe mak..nanti saya amik payung..dia amik payung terus payungkan mak n amik anak dukung.Aku dengan mak terus beli ikan n ayam semua..dia ngan ayep jalan tempat lain..macam biasa dilayankan apa kehendak anak..belikan air n apa saja permintaan anak..n bila kami berjumpa aku tnya dia 'papa nak makan apa?" dia jawab "ntah"..aku pon beli kelam kabut sebab ujan makin lebat n terus masuk keta.Dalam keta aku tanya lagi "pa nak makan pe?" "ntah..mcm nak makan bihun goreng..tapi malaslah..xpayahlah".. aku cakap "laa..papa nk makan beli la..dah pegi beli..benti kete kat depan..n p bli" Dia ikut je aku cakap...

Balik rumah makan2..dia senyap je..ya memang dia pendiam..tapi bila aku ade..anak2 ada..dia mesti akan menyampuk or buat lawak..tapi tak kali ni..dia makan je..

Balik malam tu ayep berebut nak dok depan sebelah papa dia..aku marahla sebab satgi dia nak lena..kalau dok blakang selesa untuk dia..aku masuk dok depan jugak..ayep melong2 nanges..dia terus cakap.. "ma..x kesian kat anak ke..dah ma p dok belakang' aku pon patuh...dalam kete ayep tanya macam2 dia layan je buah hati dia tu..layan sampai anak tu tertido..ditepuknya anak tu dengan sebelah tangan pegang stereng,sebelah tepuk anak...

Sampai kat rumah..anak2 semua dah lena nyenyak..dia kuar dulu ,siapkan tempat tidur semua then baru angkat anak masuk.. aku mcm biasala mula bertugas,kemas sana sini sikit, iron baju untuk besok..selalunya time aku iron baju mesti dia mai ngusik aku..tapi kali ni dia lepak je kat sofa tengok tv..malam tu berlalu gitu je..sembang pon sikit2 je..

No comments:

Post a Comment