22 Mac 2015
Sejak kebelakangan ni, setiap hari Ahad pasti rasa malas ke ofis melilit2 badan aku... Entah kenapa aku rasa macam nak spend masa dengan dia ja... rasa macam satu kerugian bila aku ke ofis time dia ada kat rumah.. tapi apakan daya aku ada tugas hari Ahad..maka aku gagahkan juga..tapi yang paling penting,dia paling pantang bila aku cuba suarakan untuk mc ke cuti ke.Ditolaknya proposal aku mentah2..katanya "tak payah mengadala maaa...nanti2 nak cuti lagi.." aku langsung tak bersangka buruk dengan ayatnya tu sebab aku memang merancang nak lama bercuti sebab kononnya nak balik Langkawi yang dah sekian lama tak balik.Haa..ni lagi satu hal..lately bila aku suarakan plan nk balik Langkawi,nak bawak anak-anak jalan2 Langkawi,dia diam je..tak excited pun..langsung tak!Aku jugak tak sangka buruk sebab dia tengah ada financial issues sejak join company baru ni.. mungkin dia malu sebab aku banyak spend untuk family kami.oh sungguh aku tak perasan! Dan for the 1st time dalam perkhidmatan awam aku ni,aku belum bercuti sampai ke bulan Mac ni.Pelik kan..tapi inilah nilai murni laki aku... dia tak suka culas dalam keja!
Pagi ni macam biasa,anak-anak mula merengek nak bangun seawal 5.30 pagi... aku pun bangun macam biasa,bukak tv bagi depa tengok,aku bolehlah buat keja2 skit kat dapur..masak bekal untuk bawak p keja n untuk dia makan kat rumah sebelum pegi keje.Dah setel keje dapur,aku siapkan adik,pakaikan baju semua..barulah aku bawak si abang mandi sekali.Dah siap mandi,dia mesti taknak aku siapkan dia..nak papanya siapkan..aku pun terus amik wuduk,solat subuh.Dah siap semua aku dengar si anak panggil2 "papa..bangunla...nk p work ni" aku keluar tengok anak masih bogel..papa masih tido..aku pon panggil.. "pa bangunla dh dekat pukul 7 ni..bangun,solat". Dia jaga...termenung dulu baru bangun p bilik air,anak aku pakaikan pampers,tapi masih nk tunggu papanya siapkan dia..ok fine.Aku p dapur siapkan barang2 adik nak bawak masuk kete..tgh aku lalu lalang nampakla dia kat bilik solat,nampak lesu,lepas baca doa tak macam selalu cepat je bangun sidai sejadah,tapi tak kali ni...lesu longlai nak bangun letak sejadah pun.Kuar dari bilik diam je,selalunya dia akan bercakap dengan abang n layan kerenah abang,tapi kali ni abang bercakap macam murai pun dia diam je..aku terus sibuk buat itu ini seperti selalunya.
Dalam sibuk aku berkawad dalam rumah aku nampak dia tengah pakaikan baju abang,lembut longlai ja si papa..abang pun pagi ni tak banyak karenah macam selalu kena lari2 ligan dia baru dapat pakaikan baju..mungkin dah terasa si abang tu! Aku perhati je dia sebab dia belakangkan aku,aku pun terdetik nak tengok,lepas je dia pakaikan baju abang,ditariknya badan abang,dikucupnya di dahi abang,lamaaaa..pastu peluk.sayuuu je...Touching aku tengok...tapi aku tak syak jugak sebab semua benda yang jadi aku relate kan dengan problem besar yang dia tengah lalui sekarang.
Keluar pun dia seperti biasa,tolong hidupkan enjin,layan si abang nak mintak dukung,nak tengok moon,nak tengok stars. Aku cakap dengan dia,tak payah hantar kami aku drive sendiri. Tapi macam biasa tiap Ahad without fail dia mesti hantar aku dengan anak-anak.Masuk kete abang tak kasi aku dok depan,Papanya pun mintak aku beralah,maka aku pun dokla belakang dengan adik.
Dalam perjalanan,dia banyak diam je..cuma melayan cakap abang je...bawak kete pun sangat slow..aku tanya lagi "pa..nape slow...jauh lagi kan?" dia tak jawab pe..barula dia laju sikit...memang tak excited macam selalu.Sampai disana,dia sendiri yang bawak turun abang,dukung masuk dalam rumah maktok,Masuk kereta balik,dia ralit pandang si abang kat dalam sampai kete pun belum jalan,aku pun bising la "pa..cepatla..ma dah lambat ni ".. dia jalan..tapi nampak dia macam sayu je dok tengok2 lagi kelibat abang.Sumpah aku tak tau itu adalah kali terakhir dia hantar abang ke rumah pengasuh!
Dalam kete aku becok bercakap macam selalu, dia banyak diam,sampuk sikit2 je..cuma dia kata " ma taknak p breakfast ngan papa ke? " aku macam pelik,dia tau kan sejak aku keje sini aku tak penah simply kuar makan ngan dia kecuali hari bawak anak p klinik.Rupanya dia nak breakfast yang last ngan aku..aku taktau,ya Allah!
Macam biasa,rutin kami memang kena update ada kat mana,dah makan apa semua,so dia update aku dia singgah kedai dulu nak on9 wifi baru balik rumah.Dia cakap dia dah sampai kulim,makan kat kedai mamak.Rutin masih sama asal tengahari je dia msg tnya "ma mkn pe?' mesti tanya.Selalunya hari ahad dia akan masak special untuk surprisekan kami,sebab kami anak beranak suka makan,tapi hari ni dia tak masak.Lagipun aku cakap maybe aku nak ajak dia keluar.
Macam biasa,belum pukul 5,dia dah terpacak kat depan pagar pusat ni,relaks kat depan.dia msg aku cakap dah sampai and dia dok depan.Aku ok je sebab dia selalu gak bersembang ngan PB depan tu...cukup time laju je kereta kami masuk pusing satu round,parking betul2 kat sebelah bilik aku,aku bukak tingkap n lambai dia..camnila kami..bergurau je.. :(
Masuk kete aku nampak dia dah siapkan susu untuk anak kesayangan dia,tapi dia cakap dia lupa bawak carrier adik semua.Aku macam nak marah gak sebab dah plan awal nak kuar,tup2 tak bawak pulak..tapi aku cool kan je sebab kesian tengok dia..pucat je..nampak penat sangat.Pegi amik budak2,dia macam biasa la..excited je jumpa abang,abang pandai cakap...terus sembang ngan papa itu ini,aku ngan adik kat belakang.
Kami terus ke TESCO nak beli barang2..kat tesco selalunya dia akan layan abang belikan makanan sepanjang aku beli barang tapi kali ni dia biar je abang meronta2 merengek2 nak itu ini,dia hanya follow aku..aku tanya nak beli apa..semua dia taknak..hmmm
Keluar dari situ terus dia ajak makan kat depan tu..kami semua duduk.Dia macam biasala..semua dia nak buat,anak bini relaks ja..dia ambilkan air,makanan,kami makan je..si abang yang dah memang manja ngan papa,asik merengek nak mintak dukung semua,papa layan je..belikan abang aiskrim,makan aiskrim sapu je mulut tu kat suar papa..habes kotor.sampai sekarang aku tak basuh!
Kami makan macam biasa,tapi dia memang nampak tak happy macam selalu.Habis makan,anak2 pon dah mengantuk..aku ajak dia balik.Macam biasa,aku dengan anak2 memang dia suruh masuk kereta..duduk je..dia yang akan selesaikan semua keja angkat barang ke semua.Dalam kereta,si abang tetap becok ajak papa sembang sampai merengek2 ngantuk..papa macam biasa dilayannya anak sehabis mungkin,cakap je nak apa..mesti akan ditunaikan.Si abang tu bila ngantuk mula lah semua serba xkena,papa layan jugak,tak pernah marah!" dah..dah,..abang tidoq,meh papa tepuk' tula pujukan dia..abang merengek lagi sampai kerumah...
Masuk rumah dia suruh kami tunggu dalam kereta,dia je yang masuk dulu,bukak lampu..siapkan tempat tido baru ajak kami masuk.Aku pon angkat adik yang dah nyenyak tido letak kat tempat tido.Si abang masih xtido,tapi ngantuk..berjaga dalam buat hal la..aku marah la si abang,tapi papanya cepat je bawak abang jauh dari aku..takut aku apa2kan si abang.Aku macam biasa kemaskan barang2,siapkan baju kami untuk besok,dan tido..
Dia macam selalu,dia akan tido lepas kami semua dah tido.tapi aku perasanla dia dah xmakan2.Kalau tidak sambil tgk tv ade je makanan dia nak jamah..tapi dia buat sendiri la..dia banyak diam je.. Malam tu berlalu macam biasa tanpa ada sebarang syak...
No comments:
Post a Comment