Wednesday, 29 April 2015

Hari Berdarah

23 MAC 2015

HARI YANG AKAN KUKENANG SELAGI AKALKU WARAS BERFIKIRAN!

Seperti biasa,tepat jam 5.30 kami 3 beranak sudah bangun.Anak2 akan tengok channel kesayangan depa dan aku pantas kesana kemari siapkan itu dan ini.Aku langsung xnampak apa2 kelainan sebab nampak dia lena je tido macam biasa walau anak2 dok bising.Aku masak macam biasa untuk sarapan pagi tu.

Jam menghampiri pukul 7,aku suruh abang kejutkan papa, tapi abang biasala,tgh makan,dia paggil gitu2 je..so aku pon p kejutkan dia.Dia bangun dengan malas,xcakap apa2 seperti selalu da mesti tegur abang makan apa ke,makan elok2 ke..langsung xcakap apa..dia terus p amik wuduk,semayang.Aku perasan dia lama berdoa dan xajak pon abang solat skali seperti selalu.Dia bangun dari berdoa dengan langkah longlai,sidai sejadah dan kuar kedapur.Diam jugak.Kalau dak mesti usik aku masak hebatla apala...diam je.

Di dapur,dia macam biasa,rutin dia akan tolong aku siapkan stok ebm untuk bekalan adik. Di depan peti ais,dia diam je..aku tanya dia "nape pa? " dia jawab "entahla maaa...pa taktau nak pikir apa dah"... aku p dekat dia aku kucup pipi dia,dia diam ja takdak respon.kalau tidak dia mesti mainkan aku kalau aku buat gitu,yela kami bukan jenis tu!Aku tak tau tu ciuman aku yang terakhir semasa dia normal.

Kat luar dia layan abang macam biasa tapi dia memang nampak pucat dan lesu.Dia kucup pipi abang kiri dan kanan walau abang tengah meronta2 melolong2 sebab xnak tinggalkan dia ( sebenarnya sekarang baru aku dapat jawapan kenapa dia selalu meraung xnak tinggalkan papanya lately,aku igtkan lama dia dok ngan kami masa aku tgh pantang adik,tapi heran la jugak sebab babysitter tu memang jaga dia macam tatang minyak penuh!,rupanya dia dah tau,seboleh mungkin dia xnak tinggalkan papa dia,ALLAH!).Tutup pintu belakang,mai depan pulak tgk adik,kucup adik pulak sambil pesan kat abang,"abang jangan teriak tau,jaga adik".. Memang ayat tu dia selalu pesan kat abang lately,rupanya itulah kucupan terakhir untuk anak2 yang paling dia sayang dan utamakan.ALLAH!

*******************************************************************************

Sampai kat ofis,aku macam biasa,aktiviti biasa,tnya dia dh makan ke apa...dia jawab dia makan yang aku masak tadi,sedap sgt2 katanya.Berbunga2 hatiku.Dah 4 tahun kami kawen,sejak akhir2 ni je aku masak aku pon puas hati...from zero sekarang dah hero..huhu...aku tanya dia ok ke kt sana,aku takut dia kena hentam lagi dengan bos dia...aku sedih sangat si Jack tu perlakukan cinta hati ku ni..Aku mai keja pon xdak hati sebab terkenangkan dia yang asyik kena je ngan kawan tu.Aku pesan kat dia suh baca ayat yang Nabi Yunus guna tu.dia xreply pon.Salunya galak ja reply msg aku...diam je..Sampai tengahari aku tgk xde berita dari dia,aku msg lagi tnya dia kt mana.Dia jawab belum lagi pukul 1 baru nak gerak balik kulim.Then pukul 1.45 dia msg baru nk gerak kuar dari seberang jaya.Aku balas "elok2 pa..igt kami ni" dia xjawab.So aku pon lalai..lupa gitu je...

Tengah aku dok ralit kt ofis,time lunch masa tu..dapat kol dari mak...tgh nanges2 cakap izaham eksiden teruk kat seberang jaya.Aku pantas kol dia,tapi engaged pulak..terus kemas barang kuar bilik nak masuk kete sambil2 kol dia..dan akhirnya dapat! Tapi orang lain yang jawab,dia kata "oo ni isteri org ni ke,puan mai sekarang suami puan eksiden!'Allahuakbar! jatuh beg aku pegang.

Aku terus kuar dari pusat serenti ni sambil nanges,xsempat nak kol sapa...tgh drive baru teringat duit xde..semua tinggal kat ofis,camne nak bayar tol?.Singgah dlu kat petronas taman kota kenari amik duit.Aku tahan je diri ni takut pengsan sebab memang aku rasa macam jalan atas angin dah.Sebab otw kesini abang dia kol cakap suh aku cepat p..bila aku tnya macam mana keadaan dia...dia dok urm..arr...aku jerit tnya dia terus jawab "org yang kol tu cakap 50-50' Allahuakbar.Aku nanges kuat2 jerit kuat2 dalam kereta macam orang sasau!Sampai terlepas jalan nk masuk hway.

Aku gagahkan diri ke Seberang Jaya,aku xtau camna aku bleh sampai sana dengan selamat.Jalan dari Serdang ke seberang jaya maha serabut dengan kereta.

Sampai sana,aku terus masuk je..redah!sambil aku jerit mana suami saya? mana suami saya? Doc kt situ tnya sapa nama suami puan,aku jawab Zulkifli Bin Mansor,dia cakap tuuu...ya Allah dah brapa kali aku tawaf tepi kaki dia aku xperasan itu laki aku,memang lain!

Dengan darah sana sini,dengan wayar berserabut sana sni,bengkak macam bola pingpong kat mata,manala aku nak kenal..Aku terus p kat dia panggil2 dia sambil nanges tapi dia langsung xpedulikan aku...Aku sangat berharap ni semua mimpi,n aku berharap aku akan tersedar dari mimpi tu cepat2 dan dia ada tido kat sebelah aku.

Tengah aku dok meratap sebelah dia,terus datang sorang doc mintak aku ikut dia kesebelah,dia serah barang2 laki aku n sambil2 tu dia ckp, "puan,saya perlu persetujuan puan untuk bawak suami puan pegi ct scan sebab kami syaki dia mengalami pendarahan otak dan dalam perut" Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.Aku nampak sejalur garisan putih,dan aku sedar ada 2,3 orang bersusah payah angkat aku sambil tepuk2 pipi aku!Aku cuba kuat untuk bolehkan aku terus disisi dia..aku takut dia diapa2kan... depa nk letak aku dalam wad sebelah nk bagi aku rest,aku xnak!berkeras xnak..last2 depa boh aku dalam wheel chair dan letak sebelah dia...

Lama dia disitu,depa bawak pegi ct scan,aku masih disitu..dengan wheel chair,depa tolak kuar dari bilik scan,aku lupa wheel chair,terus aku meluru kat dia,terus aku tanya doc apa result n bagaimana.Doc pakar otak attend aku,sebelum tu dia kata "kejap ye puan,puan jangan pengsan tau,tadi saya dah angkat puan" ooo rupanya dia salah sorang yang angkat aku tadi.Aku xtau apa! Ditariknya kerusi dia,bagi aku duduk,dia berdiri terangkan kat aku sambil tunjuk monitor.katanya ada kesan darah dalam otak dia berhampiran tengkuk,tapi minor dan hati dia ada lebam kesan hentakan yang kuat.Maha suci Allah,macam manala keadaan dia masa kejadian?kena dengan apa?hentak dengan apa sampai begitu teruk.Oh lupa,masa awal tadi,doc dah ckp hidung dia patah so bleeding dari telinga tu kesan hidung patah bukan dari otak.lega sikit aku.Tapi tulang rangka dia patah 5 batang.Ya Allah!

Aku terus bersama dia,lantakla misi ka doc ka nak kata apa...aku hanya nak bersama suami aku.Tu je.Ramai kawan bersilih ganti masuk tengok.Tapi dalam keadaan kelam kabut tu,ada gak hamba Allah call aku hanya nak tanya kecemasan kat mana?Allahhhhh...aku letak ja phone tu.selesai.

Dah lewat malam,family dari Langkawi pun dah sampai.Dia masih kat red zone sebab still under monitoring dan tengah tunggu call dari ICU bila wad ada kosong.malangnya wad ICU full so doc decide nak letak wad pemantauan di wad 8.Dalam pukul 11 or 12 camtu aku kira,depa tolak dia naik wad 8,semua pompuan tapi depa letak gak sebab dia memang xsedar.Aku setia tunggu dia dengan baju keja dari pagi tadi.Menangis ni jangan cakapla..dah berkolam2 dah rasanya.Bimbang anak sebenarnya,kesian kat adik sebab dia nyusu badan,mesti xleh tido sebab aku xde.Dahla dok dengan pengasuh.Berkali2 aku kol maktok,dia asyik cakap ok,intan jangan risau,depa ok.

Aku tunggu dia,tido pon di ujung kaki dia... bila ubat tahan sakit hampir habis,dia mula mengerang dan angkat kaki sambil mengerang sakit.Mata xbukak tapi dia sakit..aku urut kaki dia,dia diam sekejap.Once aku dah tau alarm tu bunyi bila ubat nak abes,cepat je aku meluru kat misi,lantakla dia nak akata apa..yang penting laki aku!Aku memang xleh tido,asik dok tgk dia je..aku paling takut dia berenti bernafas! :(




No comments:

Post a Comment